Thursday, September 29, 2011

:: Majlis Persaraan Pn Chan Mee Ching ::

Assalamualaikum WBT.

BERHEMBUS BAYU ANGIN MENGILIR
SEJUKNYA SAMPAI KEUJUNG POHON
SAMBUTLAH SALAM PESAN TERAKHIR
KUSAMPAIKAN LEWAT UNTAIAN PANTUN.

HENDAK MENEBANG NIBUNG BERDURI
DIBUAT PAGAR TEPI PERIGI
PANTUN DIKARANG MELEPAS DIRI
ENTAHKAN BILA BERJUMPA LAGI

Pada 28.9.2011, tibalah hari untuk Pn Chan Mee Ching, seorang guru yang cukup berdedikasi dan mempunyai banyak pengalaman dalam matapelajaran Sains terutamanya untuk meninggalkan dunia pendidikan. Banyak pahit manis yang dikongsi bersama beliau walau tidak sampai 1 tahun beliau berkhidmat di SK Seafield 3 ini. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh beliau akan dikenang. Selamat bersara kami ucapkan kepada Pn Chan. Semoga kita ketemu lagi.









Photobucket

Sunday, September 18, 2011

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Kami warga SKS3 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Selamat Menyambut Hari Malaysia!!


Photobucket

Thursday, September 15, 2011

:: Projek Membina Gelanggang Bola Tampar Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Projek ini adalah sebagai satu langkah persediaan untuk murid dalam pelaksanaan Modul 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang akan bermula pada 26.9.2011. Penat lelah guru ( terima kasih diucapkan kepada Cikgu Raja, Cikgu Nizam & Cikgu Najib) dalam menggali lubang (untuk menanam tiang) sedalam 3 kaki dalam & 3 kali lebar yang juga dibantu oleh En. Razak (tukang kebun sekolah) amatlah dihargai. Semoga projek ini berjalan dengan lancar hendaknya.







Photobucket

Wednesday, September 14, 2011

:: Aktiviti Guru SKS3 Sepanjang UPSR 2011 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Guru-guru SKS3 tetap diberikan tugas walaupun murid tiada sepanjang UPSR ini. Semoga usaha murni guru dikenang sampai akhir hayat.

Projek Line Padang & Balapan




Menghias Kantin Sekolah Dan Kemaskini Pusat Sumber





Photobucket

:: Makluman Semua Ibu Bapa / Penjaga ::

Sukacita adalah dimaklumkan bahawa Majlis Jamuan Perpisahan Pengawas Tahun 6 akan dilangsungkan pada :
       
Tarikh     :  7 Oktober 2011
Hari         :  Jumaat
Masa       :  2.15 ~ 5.00 Petang
Tempat   :  Palm Terrace Coffee House, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya.
Bayaran  :  RM 25.00
Pengangkutan : Sendiri

* Bayaran Hendaklah diserahkan kepada Pn.Low Foong Leen sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 September 2011 (Selasa).

Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

:: [TIPS] Doa Hari Peperiksaan ::

Doa ketika masuk dewan peperiksaan





Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Doa Menerima Kertas Soalan



Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


Doa ketika sukar menjawab soalan



Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


Doa Jika Anda Terlupa Jawapan



Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"


Photobucket

:: Selamat berjuang murid Tahun 6 dalam UPSR ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia..

Pada 13 September 2011, bermulalah perjuangan getir anak murid Tahun 6 SK Seafield 3 yang mula menduduki peperiksaan UPSR. Sebelum murid masuk beratur ke dalam dewan peperiksaan, taklimat terakhir diberikan sebagai senjata terakhir murid oleh guru-guru & Guru Besar, En. A. Rahim b Mohd Mislani. Selesai bacaan doa oleh En. Raja Firdaus, murid beratur sambil bersalaman dengan guru sebagai simbolik untuk meminta maaf dan keberkatan ilmu oleh guru kepada muridnya. 







Berjuanglah wahai anak-anakku..!! Semoga kejayaan mengiringi kamu kelak!! Semoga berjaya!!



Photobucket

Wednesday, September 7, 2011

:: Makluman Peperiksaan UPSR 2011 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia

Perhatian kepada semua Ibu Bapa/ Penjaga,
SK Seafield 3.

* Surat makluman sudah diedarkan kepada semua murid.


Photobucket

Monday, September 5, 2011

:: Sesi Bersalaman Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2011 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

26.8.2011 (Jumaat) - Satu sesi bersalaman dan bermaaf-maafan antara Guru & Kakitangan Sekolah bersama murid-murid SK Seafield 3 telah diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Suasana ceria gelak tawa dan tangisan memohon ampun antara murid dan guru menjadikan sesi bersalaman ini menjadi lebih menarik sekaligus dapat merapatkan ukhwah sesama warga SKS3.
 














Photobucket