Objektif / Visi dan Misi

OBJEKTIF

  1. Memastikan budaya kerja cemerlang menjadi pegangan dan amalan seluruh warga sekolah.
  2. Membina perhubungan dan kerjasama berasaskan semangat sepasukan kesepunyaan dan setiakawan yang erat, telus dan tulus.
  3. Memberikan kasih sayang dan ilmu yang bermanfaat serta menyediakan iklim sekolah yang selamat, harmoni, kondusif, berdisiplin, berdaya saing, bersih dan ceria untuk meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.
  4. Memberi peluang pendidikan yang sama dan adil kepada semua murid dengan menyedari bahawa manusia adalah makhluk yang sempurna yang boleh dididik, berkemampuan untuk belajar dan berkemampuan untuk mencapai ketinggian intelek dan spritual.
  5. Menerima segala bentuk bantuan dan kerjasama serta menjalinkan permuafakatan serta perkongsian bestari yang berterusan dengan ibu bapa, masyarakat serta pihak-pihak yang lain bagi sikap, nilai, material dan sokongan moral.

VISI MISI