Piagam Pelanggan

Bahawa kami warga SK Seafield 3 dengan ini berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada:

MURID:-

  • Membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri.
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, inovatif, kreatif dan berdaya saing.
  • Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam suasana harmonis serta patriotik.
  • Menyediakan persekitaran yang selamat dan kemudahan fizikal yang sesuai selari dengan pembelajaran abad-21
IBU BAPA, KOMUNITI, JPN DAN PPD
  • Mewujudkan suasana harmonis dan mesra pelanggan.
  • Cepat dalam membuat tindakan, tepat dalam membuat keputusan.
  • Bekerjasama, bermuafakat, menghormati dan melayani semua pihak yang berurusan dengan institusi sekolah secara adil dan cekap.
  • Menepati dan mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar.
  • Menjalin hubungan yang baik dengan JPN, PPD, Masyarakat dan agensi-agensi lain.
SEKOLAH
  • Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tekun dan bertanggungjawab serta memberi perkhidmatan cemerlang serta terpuji.
  • Memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi mencapai penanda aras yang ditetapkan.
  • Meningkatkan profesionalisme keguruan berdasarkan Standard Guru Malaysia.
  • Meningkatkan etika perkhidmatan dan mengamalkan nilai-nilai kerja berpandukan Tonggak Dua Belas.
  • Melaksanakan segala dasar dengan penuh iltizam dan memastikan kelangsungan transformasi pendidikan pendidikan bertunjangkan PPPM 2013 - 2025.