Monday, December 31, 2012

:: Selamat Tahun Baru 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Kurang dari 12 jam dari sekarang, kita semua akan menyambut tahun baru 2013. Semoga azam tahun lepas berjaya kita capai dan kepada semua warga SKS3, khususnya murid-murid sekali, kami berharap anda sudah mula menanam cita-cita dan azam baru untuk berjaya dalam bidang akademik.

SELAMAT TAHUN BARU 2013!
Photobucket

Friday, December 28, 2012

:: Pendaftaran Tahun 1 & Prasekolah Sesi 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Selamat datang kami ucapkan kepada murid-murid baru yang mendaftar di SK Seafield 3 bagi sesi 2013. Kami pihak pentadbir sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semua dan semoga semua murid berjaya menjadi insan yang berguna kelak. 

Selamat datang kami ucapkan dan selamat menjadi sebahagian dari warga SKS3!











Photobucket

Tuesday, November 27, 2012

:: Persediaan Persekolahan 2013 ::

SALAM.......PERHATIAN!!!


Kepada semua ibubapa/penjaga, kini boleh mendapatkan senarai dan pembelian buku tulis, buku kerja serta peralatan alat tulis di kedai buku sekolah SK Seafield 3. Bermula pada tarikh 26 Nov 2012 pada jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 petang...............Harap Maklum


Photobucket

Monday, November 19, 2012

:: Tahniah Buat Calon UPSR 2012 Yang Mendapat 5A! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah.. Akhirnya keputusan UPSR 2012 menunjukkan ada peningkatan walaupun hanya 21 yang mendapat 5A berbanding pada tahun 2011 iaitu seramai 22 orang. Tahniah buat semua yang berjaya. Kami, pihak sekolah terutama guru-guru Tahun 6 sangat berbangga dengan kejayaan anda semua. Kepada yang tidak berjaya 5A, usah gusar kerana ini tidak bermakna yang anda tidak akan berjaya pada masa akan datang. Usaha lagi dan jangan putus asa ye.. :)



Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

:: [PERHATIAN: GURU] Tarikh Lapor Diri ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Perhatian buat semua guru SK Seafield 3. 

Tarikh lapor diri adalah pada 26 Disember 2012 (RABU)

Harap maklum.
Photobucket

Tuesday, November 13, 2012

:: [Kenyataan Akhbar] Keputusan UPSR 2012 ::


KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama,Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012




Photobucket

:: Happy Deepavali! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Deepavali is the time for joy and happiness. May the warmth and splendor, that are a part of this auspicious occasion, fill your life with happiness and bright cheer, and bring to you joy and prosperity, for the whole year.



Happy Deepavali!

Best wishes,
Warga SK Seafield 3.


Photobucket

Monday, November 12, 2012

:: Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

TAHNIAH buat semua AJK HAC 2012 kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. 

Untuk koleksi gambar sepanjang program HAC 2012, bolehlah layari dalam laman Facebook SKSeafield III.


Photobucket

:: Selamat Bercuti ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Kami warga SK Seafield 3 ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI pada semua murid dan guru. Jaga diri baik-baik dan kepada yang balik kampung, semoga selamat balik dan selamat pulang!!



Photobucket

Sunday, November 4, 2012

:: [SELESAI] Karinval PIBG 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana program Karnival PIBG 2012 berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tiada apa yang dikatakan, kecuali ucapan terima kasih kepada yang hadir dan tahniah kepada semua guru-guru dan AJK PIBG yang sudi mencurahkan tenaga sepanjang program berlangsung.

TAHNIAH pada semua!!

Jualan gerai aiskrim

YB Gan Meng Foo

Abg Bomba SS19 sedia memberi bantuan set PS System



Photobucket

Friday, November 2, 2012

:: Piala PPD Petaling Perdana (2012) Milik Kami!! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



TAHNIAH.... 

TAHNIAH...

TAHNIAH...!

Ucapan tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pemain pasukan Bola Sepak SK Seafield 3 yang telah pertama kali memenangi PIALA PPD PETALING PERDANA bagi Tahun 2012 dan telah dinobatkan sebagai JOHAN!!!


Aksi SANG JUARA!!!
Coach tersenyum lebar dengan kemenangan anak buahnya :) Tahniah bro!

"Set-set kawe menang, bohhh!!!"

Untuk rekod, inilah pertama kalinya pasukan bola sepak sekolah telah berjaya membawa pulang piala PPD ini setelah berentap selama hampir 2 minggu dengan pasukan sekolah lain yang tidak kurang hebatnya. Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan ini dan semoga ini dapat memberi lebih semangat kepada semua yang terlibat, terutama jurulatih pasukan bola ini untuk terus mengungguli Piala PPD ini pada tahun hadapan! 


Habuan 'KFC' meraikan kemenangan!
Photobucket

:: Kemeriahan Karnival PIBG Semakin Terasa! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL PIBG SK SEAFIELD 3, ESOK!!!

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIADAKAN!! RUGI JIKA ANDA TAK DATANG..

BAWA BERSAMA AHLI KELUARGA YA!!



Photobucket

Tuesday, October 23, 2012

:: Gambar Kelas Sesi 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Gambar kelas sesi 2012 siap untuk tempahan.

Murid yang berminat boleh rujuk kepada guru kelas masing-masing. Harap maklum!


Photobucket

Friday, October 19, 2012

:: Karnival PIBG SK Seafield 3 (2012) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


TARIKH: 3 NOVEMBER 2012 (SABTU)
MASA: 8 - 5 PM

SEMUA ORANG DIJEMPUT HADIR!!

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN!!

RUGI KALAU TAK DATANG!!

JUMPA DISANA...!!!

Photobucket

Tuesday, October 16, 2012

:: Karnival PIBG 2012 (3.11.2012) ::

Assalamulaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Jemputan ke Karnival PIBG SK Seafield 3(2012). 

Pelbagai aktiviti dan gerai jualan menarik disediakan untuk para pengunjung.

Jangan lepaskan peluang ini!!

~~ Kepada peniaga-peniaga diluar sana yang berminat untuk menyewa gerai, boleh hubungi: 019-2698583 (Cikgu Nizam Mokhtar) ~~


Photobucket

Monday, October 15, 2012

:: Nama Pemenang Kuiz Kemerdekaan 2012 (UNITES3) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

TAHNIAH buat pemenang Kuiz Kemerdekaan anjuran Unit Informasi & Teknologi Seafield 3 (UNITES3)!






Senarai nama Pemenang Kuiz Kemerdekaan 2012
Bil
Nama
Kelas
1
Ahmad Nabil bin Zulkifli
1 Usaha
2
Muhammad Danial bin shahul
2 Rajin
3
Muhammad Yusry bin Zulkifli
3 Rajin
4
Farah Sofea
 4 Usaha
5
Vinotarshinni Jayaprakash
4 Gigih
6
Luqman Bin Pauzi
4 Usaha
7
Ahmad Lutfilhadi bin Zulkifli
6 Maju
8
Fareesha Binti Mohd Shakeel
6 Maju

~~ Hadiah akan disampaikan pada perhimpunan rasmi (Hari Isnin) nanti ye. Tunggu!! ~~


Photobucket