KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama,Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia