Tuesday, December 31, 2013

:: Happy New Year 2014 ::



Photobucket

:: Selamat Datang Pn Tee Seok Tin! ::

Assalamualaikum WBT & salam 1Malaysia.



Pihak SK Seafield 3 mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru iaitu PN TEE SEOK TIN. Semoga SKS3 lebih maju dengan kehadiran pimpinan baru ini. 


Photobucket

:: Pemasangan PC Baru Makmal Komputer SKS3 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah. Syukur kerana makmal komputer sekolah akhirnya dapat berfungsi kembali seperti biasa selepas pendawaian semula telah dilakukan semula dan pihak sekolah juga telah menerima 42 PC baru untuk digunakan pada sesi persekolahan tahun 2014 nanti. 





Photobucket

Monday, November 18, 2013

:: Selamat Bercuti Semua ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Pihak SK Seafield 3 mengucapakan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SKS3. 

Ingat untuk mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah yea!!


Photobucket

Wednesday, October 30, 2013

::Happy Deepavali ::




We would like to wish all those who celebrate this festival a Happy Deepavali!

Deepavali brings sparkling moments of joy and happiness. May you have joy as you celebrate this festival of lights with your loved ones.

For everyone else we wish you all Happy Holidays.

Sincerely,
SKS3 Admin
Photobucket

Monday, October 28, 2013

:: Ujian Kompetensi ICT kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru & Pentadbir) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Salam. Minta perhatian pada semua guru-guru Sk Seafield III untuk menjawab soalan Ujian Kompetensi ICT kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru & Pentadbir) Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ESOK tengahhari. Sila klik link dibawah untuk maklumat lebih lanjut. Harap maklum.

Pautan Sesawang: http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Photobucket

Monday, October 14, 2013

:: Salam Aidiladha ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Ikhlas dari warga SK Seafield 3, Subang Jaya.

Photobucket

Tuesday, October 8, 2013

:: Hari Kokurikulum SK Seafield 3 (2013) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Tahniah buat semua warga SKS3 atas kerjasama yang kukuh menjayakan Hari Kokurikulum SK Seafield 3 bagi tahun 2013. Tahniah juga buat semua penerima anugerah murid dan guru.

Untuk gambar sepanjang Hari KOKO, sila << KLIK DISINI >>

Photobucket

Monday, October 7, 2013

Monday, September 30, 2013

:: Tahniah buat semua yang berjaya menaikkkan nama sekolah! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Pertandingan English Adventures For Pupils

Date: 28 Sept 2013
Time: 7.30 - 1.00 pm
Venue: SK USJ 2

Seramai 10 orang murid (5 orang dari kelas 4 Gigih & 5 orang dari kelas 5 Gigih) telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini dan mendapat Tempat ke-2 dari 10 buah sekolah yang bertanding. Tahniah!

Penyampaian hadiah English Adventures For Pupils


Pertandingan KATMO (bawah 10 tahun)- Permainan Sepak Takraw

Tarikh: 23-26 Sept 2013
Tempat: SK Taman Sri Muda 2

Seramai 4 orang murid (1 pasukan) yang mewakili sekolah dan berjaya mendapat Tempat ke-3 keseluruhan. Selain itu, 2 orang murid sekolah kita telah terpilih untuk mewakili pasukan Daerah Petaling Perdana dalam permainan yang sama. Tahniah juga diucapkan!

Tempat ke-3 Sepak Takraw KATMO

Perkhemahan Perdana SK Seafield 3 (2013)

Tarikh: 21 - 23 Sept 2013
Tempat: Nur Laman Bestari Eco-Resort

Tahniah buat Adik Zul Iqmal (6 Usaha) dan Adik Fatin Aliya (6 Gigih) kerana terpilih sebagai peserta terbaik dalam perkhemahan perdana yang diadakan baru-baru ini.

Tahniah!
Photobucket

Friday, September 6, 2013

:: 10,000 petugas akan ambil alih urusan pentadbiran di sekolah - Muhyiddin ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.



PETALING JAYA: Urusan pentadbiran sekolah akan diambil alih oleh pembantu pentadbiran secara berperingkat bagi mengurangkan bebanan tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekurang-kurangnya seorang pembantu pentadbiran akan ditempatkan di setiap daripada 10,000 buah sekolah di negara ini secara berperingkat.

"Kita sudah putuskan 10,000 petugas dihantar secara berperingkat supaya beban guru dapat diserahkan kepada petugas baharu ini bagi menguruskan hal berkaitan pentadbiran.

"Soal pengajaran dan pembelajaran itu masih tanggungjawab guru," katanya dalam rancangan 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata langkah bagi mengurangkan bebanan guru itu terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancarkan Jumaat ini.

Beliau berkata pelan itu adalah hasil gabungan pandangan dari semua kelompok termasuk pelajar, pihak berkepentingan dan kumpulan ekstrim bagi memastikan ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju.

"Ini semua terhasil dari kehendak masyarakat dan pakar-pakar pendidikan baik di dalam mahupun di luar negara iaitu dari Korea Selatan, Singapura dan Kanada yang kita jemput untuk berikan pandangan," katanya.

Muhyiddin berkata ada sesetengah pihak yang kurang bersetuju dengan beberapa perkara yang terkandung di dalam pelan itu, tetapi setelah diberikan penjelasan mereka akur dan menyokong pelaksanaan PPPM.

"Dua hari lepas saya ada berjumpa dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), mereka bertanyakan apakah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ada lagi lepas pelaksanaan pelan ini, saya jawab ya ada.

"Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pula kata kami nak hapuskan Bahasa Cina, saya kata mana ada di dalam laporan itu yang menyatakan sedemikian," katanya.

Mengenai tuntutan Dong Zong yang tidak mahu menambah waktu pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC kerana khuatir pembelajaran bahasa Cina akan terhapus, Muhyiddin berkata bahasa ibunda mereka itu tidak akan terhapus kerana hasrat kerajaan adalah untuk merapatkan jurang penguasaan Bahasa Melayu di antara pelajar Cina di SJKC dengan pelajar Cina yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.

"Kita hendak rapatkan jurang sebab itu ditambah waktu, kita cadangkan supaya buat jadual waktu yang sesuai untuk menampung kekurangan dan kelemahan mereka, mereka boleh gunakan kelas peralihan untuk perbaiki penguasaan Bahasa Melayu.

"Kelompok ini bukannya menentang dan tidak bersetuju dengan PPPM, ada beberapa perkara yang tidak jelas dan mereka fikir kita abaikan tetapi sebenarnya tidak," katanya.

Beliau berkata walaupun 'ribut dan taufan' pelan itu akan dilaksanakan kerana ia adalah hak rakyat dan untuk kebaikan mereka.

"Kita hendak pastikan apa yang telah dirancang jangan ada penghalang ataupun gangguan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah menyatakan sokongan 100 peratus dengan PPPM dan sudah dimulakan dengan peruntukan-peruntukan khas tambahan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau akan menyediakan laporan tahunan untuk mengetahui sejauh mana pencapaian pelan itu dalam pelaksanaannya bagi tempoh setahun.

"Kita mahu ketelusan, supaya rakyat tahu apa kemajuan dan kekurangan kita, apa yang saya harapkan dari pelan ini ialah supaya pelajar terdidik dengan ilmu menerusi sistem yang berkualiti serta pembentukan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang dapat memberikan bantuan kepada proses pembangunan negara," katanya.

Muhyiddin berkata menerusi pelan itu juga, peranan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diperkukuhkan kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak mereka.

"Peranan ibu bapa dalam pelan ini diiktiraf, baru-baru ini kita lancarkan Sarana iaitu toolkit panduan bagaimana ibu bapa boleh memberikan sumbangan dalam membantu sekolah dan anak mereka dalam pembelajaran," katanya.

Beliau berkata kementerian juga akan mengadakan latihan dan kursus kepada PIBG supaya ibu bapa tidak melepaskan sepenuhnya proses mendidik anak mereka kepada guru di sekolah.

Beliau berkata menerusi sistem Bestari Net iaitu sistem internet yang sudahpun diaplikasikan di sekolah-sekolah, ibu bapa juga boleh mengakses internet untuk mengetahui pencapaian anak mereka dalam semua mata pelajaran.

Photobucket

Monday, August 26, 2013

:: Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.



Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

“Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan,” katanya.








Photobucket

:: Majlis Sambutan Hari Raya (Peringkat Sekolah) & Karnival KFC ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Terima kasih diucapkan kepada semua murid, guru dan ibubapa yang terlibat menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada pihak KFC dan Bank Rakyat USJ Taipan yang telah bekerjasama memeriahkan lagi majlis pada hari sabtu yang lepas. :)
Photobucket

:: Jasamu Dikenang- Majlis Perpisahan Guru Besar, En A. Rahim Bin Mohd Mislani ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia

KENANGAN. Program Majlis Perpisahan Guru Besar diadakan di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, USJ 8, Subang Jaya baru-baru ini sempena persaraan guru besarnya, En. A. Rahim Bin Mohd Mislani, yang akan berpindah ke SK USJ 12 bermula hari ini.

En A. Rahim yang telah hampir 3 tahun berkhidmat di sekolah ini sebagai guru besar dan pelbagai aktiviti serta penambahbaikan telah dilakukan oleh beliau untuk menaikkan imej sekolah.

Kami pihak warga SKS3 mendoalkan agar beliau terus sihat dan ceria untuk mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan. Amin.





Photobucket