Monday, November 17, 2014

:: Majlis Graduasi Tahun 6 Sesi 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 12 Nov 2014
Masa: 1.00 - 5.00 Petang
Tempat: Kantin SK Seafield 3

Tahniah buat semua murid-murid tahun 6 bagi sesi 2014 khususnya kerana dengan rasminya telah berjaya menamatkan sesi persekolahan rendah dan akan mula menempuh alam persekolahan menengah pada tahun hadapan. 























Photobucket

Tuesday, November 11, 2014

:: Bola Sepak Piala PPD 2014- Naib Johan ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Sekalung tahniah buat semua pemain bola sepak sekolah dan jurulatih pasukan sekolah (Cikgu Musmarto & Cikgu Ahmad Syariffuddin) yang telah berjaya mengharumkan sekali lagi nama sekolah dalam sukan! 

Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan setelah menjadi Juara Bertahan selama 2 tahun berturut-turut (2012 & 2013), namun kemenangan ini membuktikan bahawa semangat berpasukan dan latihan yang tidak henti-henti menjadi faktor utama kepada kejayaan yang berterusan pasukan.
Photobucket

:: Ruang Tambahan Kantin Baru SK Seafield 3 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Untuk makluman semua, ruang tambahan kantin sudah mula digunakan oleh semua warga SKS3 bermula minggu ini. Tahniah buat semua kerana ini adalah hasil dari keuntungan Hari Keusahawanan 2014 yang telah berlangsung sebelum ini.


Photobucket