Tuesday, January 22, 2013

:: Terima Kasih ABB Group! ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat ABB Holding SDN BHD. yang sudi memberikan bantuan berupa beg dan kasut sekolah kepada lebih 20 orang murid SK Seafield 3 yang kurang berkemampuan. 

Diharapkan dengan bantuan ini dapat memberi mereka semangat untuk meneruskan pelajaran dan meringankan beban keluarga masing-masing.

Pihak sekolah berharap agar pihak ABB Holding Sdn Bhd terus menyokong kami untuk program-program yanag akan datang.







Photobucket

:: Pasukan Pantun Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Persembahan pertama dari pasukan pantun sekolah.

Semoga berjaya!





Photobucket

:: Program Maju Diri (PMD) 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Program Maju Diri (PMD) 2013

Program di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKS3 ini merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan untuk murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6. Program tersebut telah diadakan pada ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 21 - 23 Januari 2012 (Isnin-Rabu)
Masa : 7.30 pagi-10.00 pagi
Tempat : SK Seafield 3

Tujuan program
- Untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid dan guru
- Meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri
- Motivasi awal supaya lebih bersemangat untuk belajar
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk menuntut ilmu pengetahuan serta kepentingannya dalam kehidupan

Terima kasih kepada semua warga SKS3 yang terlibat secara langsung sepanjang program diadakan.


Photobucket

Saturday, January 19, 2013

:: Mesyuarat Kali Pertama Rumah Sukan 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 18 Januari 2013
Hari: Jumaat
Masa: 8.00- 8.30 pagi

Satu mesyuarat agong rumah sukan buat kali pertama telah pun dijalankan untuk melantik barisan ketua baru bagi sesi 2013. Perlantikan ini melibatkan semua ahli rumah sukan yang terdiri dari murid tahap 2 dan guru rumah sukan. Perlantikan ini bertujuan untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti terutama pada Kejohanan Hari Sukan nanti.


Photobucket

:: Hari Bantuan Persekolahan RM100 Selesai ::

Assalamualaikum WBT & Dalam 1Malaysia.





Tarikh: 16 Januari 2013
Hari: Rabu
Masa 10 - 12 tengahhari

Alhamdulillah, selesai amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kami guru SKS3 untuk menyerahkan duit bantuan RM100 kepada semua murid-murid SKS3. Diharapkan dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban ibubapa dalam persiapan di awal musim persekolahan ini.
Photobucket

Wednesday, January 16, 2013

:: Wang Bantuan Persekolahan RM100 Untuk Murid Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Pada pembentangan bajet kerajaan untuk tahun 2012. Kerajaan telah bersetuju memberikan duit poket sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah dari tahun 1- tingkatan 5 di semua sekolah kerajaan dan swasta tanpa mengira status kedudukan murid tersebut maksudnya disini yang kaya atau miskin, semuanya akan dapat duit poket RM100. Maka dengan ini, pelajar-pelajar sekolah bolehlah membeli keperluan sekolah lebih awal. Pihak sekolah akan menerima wang tersebut melalui akaun sekolah dan sekolah akan menyelaras penyampaian wang tersebut kepada pelajar-pelajarnya.

Kepada semua penjaga, kaunter untuk wang bantuan ini akan mula dibuka pada jam 10 pagi. 

sumber: http://mindapendidik.blogspot.com/2011/11/duit-bantuan-persekolahan-rm100-akan.html
Photobucket

Monday, January 7, 2013

:: Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Hari: Isnin
Tarikh: 7 Jan 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2013 ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKS3


TUJUAN

1.  Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.


KONSEP

2.        Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

3.        Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

4.   Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


OBJEKTIF

5.            Objektif Guru Penyayang;

5.1         Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2         Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3         Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4     Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada    sekolah.








Photobucket

Wednesday, January 2, 2013

:: Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

TAHNIAH dan SYABAS kami ucapkan kepada semua murid yang hadir untuk hari pertama persekolahan bagi sesi 2013. Diharapkan anda semua sudah menanam cita-cita untuk berjaya sepanjang menuntut di SK Seafield 3. Chaiyok!








Photobucket

Monday, December 31, 2012

:: Selamat Tahun Baru 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Kurang dari 12 jam dari sekarang, kita semua akan menyambut tahun baru 2013. Semoga azam tahun lepas berjaya kita capai dan kepada semua warga SKS3, khususnya murid-murid sekali, kami berharap anda sudah mula menanam cita-cita dan azam baru untuk berjaya dalam bidang akademik.

SELAMAT TAHUN BARU 2013!
Photobucket

Friday, December 28, 2012

:: Pendaftaran Tahun 1 & Prasekolah Sesi 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Selamat datang kami ucapkan kepada murid-murid baru yang mendaftar di SK Seafield 3 bagi sesi 2013. Kami pihak pentadbir sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semua dan semoga semua murid berjaya menjadi insan yang berguna kelak. 

Selamat datang kami ucapkan dan selamat menjadi sebahagian dari warga SKS3!











Photobucket