Friday, July 25, 2014

:: Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa 2014 dan Penyampaian Hamper Untuk Murid Miskin oleh Pihak 7 Eleven ::


Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia

Antara objektif program ini adalah:

  • Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan puasa. 
  • Melatih murid dan juga melaksanakan ibadat puasa dengan sabar  dan sempurna. 
  • Membentuk peribadi mukmin yang sejati melalui pelaksanaan ibadah wajib dan sunat dalam bulan Ramdhan.

Tahniah buat semua AJK pelaksana dan murid-murid yang sudah khatam Al-Quran untuk tahun ini!






Terima kasih juga yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak 7-Eleven kawasan Subang kerana sudi menyumbangkan barangan berupa hamper dan duit raya kepada 50 orang murid miskin, anak yatim dan murid OKU SK Seafield 3.





Photobucket

Thursday, July 24, 2014

:: Majlis Penyerahan Wang Sumbangan Anak Yatim & Murid Miskin 2014 ::


Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Selasa- Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Islam Darul Ehsan diatas sumbangan yang berbentuk wang tunai dan berupa barangan hamper. 

Diharapkan sumbangan ini mampu membantu sedikit sebanyak murid ini dalam menyambut hari lebaran nanti.
Photobucket

Monday, July 14, 2014

:: Majlis Penyampaian Hadiah Program Nilam 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 14 Julai 2014
Hari: Isnin
Masa: 7.40 pagi (Waktu Perhimpunan Rasmi)








Photobucket

Monday, July 7, 2014

:: Minggu Panitia Agama Islam, Bahasa Arab dan Moral 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Pn Tee Seok Tin, Guru Besar SK Seafield 3 sempena minggu Panitia Agama Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan Moral.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna, melukis poster, bercerita dan macam-macam lagi.









Photobucket

Thursday, July 3, 2014

:: Kelas Tambahan Malam (Tahun 4 & 5) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 4 dan 5 yang mana ia merupakan satu bentuk tutorial bagi murid-murid dalam usaha meningkat prestasi sekolah khususnya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini.




Photobucket

Tuesday, July 1, 2014

:: Salam Perpisahan Buat Pn Gan Chew Leng ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Pantun perpisahan khas buat Pn Gan yang disayangi.

Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.



 
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.




Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.



 

Semoga kita kan bertemu lagi ya Pn Gan. Harap jangan lupakan kami selepas berpindah ke sekolah baru nanti! :)

Photobucket

Monday, June 30, 2014

:: Pelancaran Bulan Ihya' Ramadhan 2014 ::

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Tee Seok Tin (Guru Besar) dan Pn Norida Hj Hanafiah (PK Pentadbiran) kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Ihya' Ramadhan 2014. 

Semoga dengan berlangsungnya program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru SKS3 khususnya.


 

 

Photobucket

:: Pertandingan Ensembel Rekoder Peringkat Daerah Petaling Perdana 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Rekoder SK Seafield 3 yang berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN dalam pertandingan Ensembel Rekoder Peringkat Daerah Petaling Perdana untuk tahun 2014. Pasukan yang dipimpin oleh Puan Nor Hafizam Abd Samad ini telah membawa pulang piala kemenangan dan sijil penyertaan. Semoga ini menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya lagi pada masa akan datang.




Photobucket

:: Karnival Futsal 3K & Acara 4x100M (Jemputan) Sukan Tahunan 2014 SK Puchong Utama 2, Puchong Jaya ::


Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Tahniah buat wakil murid SK Seafield 3 yang telah menyertai 2 aktiviti jemputan dari SK Puchong Utama 2, Puchong Jaya pada 21 Jun yang lepas. Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan olahraga sekolah dibawah pimpinan En Musmarto yang berjaya merangkul pingat Gangsa dalam acara 4x100 Meter (Lelaki Bawah 12 Tahun).







Photobucket