Sunday, August 28, 2011

:: Merdeka!!!..Merdeka!!!..Merdeka!!! ::


Tema pada Hari Kemerdekaan Negara Malaysia berubah dan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54 tahun 2011 akan diadakan pada 16hb Sept serentak dengan Hari Malaysia menggantikan 31hb Ogos kerana hari tersebut atau bulan itu kita umat Islam di Malaysia telah menyambut hari raya…..untuk membuat persiapan Hari Kemerdekaan yang ke-54 agak mustahil disebabkan 31hb adalah hari kedua raya dan Lokasi Hari Kemerdekaan 2011 mungkin akan berlangsung di Dataran Merdeka…


Tema Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 adalah 

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Photobucket

:: Ucapan Guru Besar SKS3 ::


Bismillahhirahmanirrahim…….


Assalamualaikum w.r.t…

Saya A.Rahim bin Mohd Mislani selaku Guru Besar SK Seafield 3 mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H kepada semua guru-guru, kakitangan dan PIBG 2011/2012 serta yang mengenali diri saya. Di bulan yang mulia ini, saya memohon kemaafan atas segala kekhilafan di dalam ucapan, tutur bicara dan tingkah laku selama saya selama berada di bawah bumbung SK Seafield 3. 

   Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan kegembiraan saya dapat bersama-sama dengan semua guru-guru dan kakitangan menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, semoga ukhuwah yang terjalin akan bertambanh erat. Saya juga ingin berpesan agar kita semua tidak leka dan alpa dalam menyambut kemenangan di hari lebaran ini untuk lebih berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

   Akhir kata, dengan ingatan tulus ikhlas saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


Sekian, Terima Kasih



Photobucket

Saturday, August 27, 2011

:: Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya ::

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...


Selamat bercuti pada semua warga SKS3 dan hati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.





Kepada murid Tahun 6, sambil bercuti dan berhari-raya, jangan lupa untuk mengulang-kaji pelajaran sebagai persedian UPSR yang tinggal kurang dari 2 minggu sahaja lagi ye.. 




Photobucket

Friday, August 26, 2011

:: Program pengisian waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan anjuran UNITES3 ::

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Bagi mengisi masa lapang murid-murid SK Seafield 3 yang tidak terlibat dengan Tadarus Al-Quran, pihak UNITES3 mengambil inisiatif dengan mengaturkan program tayangan video keagamaan yang bertajuk "Muhammad: Utusan Terakhir" kepada semua murid Tahap 2 (tahun 4,5 dan 6). Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan semoga murid-murid mendapat manfaat daripada cerita yang ditayangkan.







Photobucket

:: Majlis Khatam Al-Quran 2011 (Program Ihya Ramadhan) ::

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Satu lagi program anjuran SK Seafield 3 untuk bulan Ramadhan tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai penutup kepada Program Ihya Ramadhan 2011, satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 25 Ogos 2011 yang mana ia disaksikan oleh para ibu bapa murid Tahun 6 sebelum majlis berbuka puasa beramai-ramai diadakan di kantin sekolah. Lebih meriah lagi dengan kehadiran murid-murid Tahun 6 yang bukan Islam berbuka puasa bersama-sama rakan, guru-guru dan ibu bapa. Semoga program-program kerohanian seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa-masa akan datang sebagai pencetus kekuatan moral kepada murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak.








Photobucket

Thursday, August 25, 2011

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2011

1 Semua murid Tahun 6.

2 Permohonan secara online mulai 1September – 15 Oktober 2011 melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

3 Pemohon ke Tingkatan Satu SBP menghantar salinan pertama borang permohonan ke SBP pilihan dan salinan kedua borang permohonan kepada Guru Besar. Kedua-dua borang disahkan oleh Guru Besar sebelum 31 Oktober 2011.


4 Pastikan maklumat telah diisi dengan tepat dan betul sebelum cetakan. Pengemaskinian tidak boleh dilakukan selepas cetakan dibuat.

5 Klik Untuk Hantar Permohonan pada setiap segmen yang telah diisi dengan betul.

Photobucket

Monday, August 22, 2011

:: Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Minggu Panitia Sains 2011 ::

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.

Bermula 22-29 Julai 2011, Panitia Sains telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Seafield 3 seperti kuiz, puzzle dan kemahiran proses sains. Perasmian Minggu Panitia Sains di sempurnakan oleh Pn Nafsiah Bt Hussin (PK Pentadbiran) dengan menanam pokok limau kasturi.

Tema: "Menghijaukan Bumi"

Berikut adalah senarai pemenang bagi Minggu Panitia Sains:














Photobucket

Friday, August 19, 2011

Sunday, August 7, 2011

:: Minggu Anti-Dadah 2011 ::

Asslamualaikum WBT & Salam Sejahtera..

Bermula 25 - 29 Julai 2011, satu program Minggu Anti-Dadah anjuran Unit PPDa SK Seafield 3 yang bertemakan “ 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH“ telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu itu ialah Pertandingan Mewarna (Tahap 1), Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) dan ceramah oleh pihak AADK Negeri Selangor.







Photobucket

:: Mesyuarat JK PIBG Kali Ke-3 Sesi 2011/2012 ::

Satu mesyuarat ringkas akan diadakan pada:

Tarikh: 7 Ogos 2011
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi
Tempat: Bilik Wawasan, SK Seafield 3

Semoga semua ahli JK dapat hadir.

Harap maklum.

Saturday, August 6, 2011

:: Minggu Peperiksaan Ujian Bulanan ::

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..

Bermula 9hb Ogos minggu depan, bermulalah ujian bulanan bagi subjek teras untuk semua murid tahun 1-6. Semoga anda semua sudah bersedia dan kami bagi pihak sekolah ingin mengucapkan....

:: Jamuan Persaraan Pn Aminah ::

Pada hari Jumaat 29 Julai 2011, pihak Sekolah Kebangsaan Seafield 3 telah mengadakan Jamuan Perpisahan (POTLuck) Pn. Aminah (kerani sekolah) sempena hari persaraan beliau setelah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sekian lama. Semoga Pn.Aminah terus tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang. Kami disini sentiasa mendaoakan agar Pn Aminah sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.








 

Friday, August 5, 2011

:: Selesai Sudah Sukan Tahunan SK Seafield 3 (2011) ::

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, selesai sudah akhirnya Kejohanan Sukan Tahunan SK Seafield 3 kali ke-11 yang diadakan pada 10 Julai 2011 (Ahad) yang lau. Secara keseluruhannya, semua pihak amat berpuas hati dengan perjalanan program sukan pada hari itu walau pada mulanya ada berlaku sedikit kekalutan.

Semoga semangat sukan yang ada dapat di tambah lagi pada tahun-tahun akan datang dengan sokongan yang padu dari pihak sekolah, PIBG, IbuBapa dan masyarakat setempat umumnya.