Tuesday, February 28, 2012

:: Lawatan Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1 & Tahun 6 oleh KKM ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia


Satu lawatan pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1 & Tahun 6 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29.2.2012 (Rabu).

Murid Tahun 1: 

  • Suntikan duble antigen dan measles
  • Oral polio
Tahun 6:
  • Pemeriksaan tulang belakang
Sekiranya anak tuan/puan (Tahun 1) tidak hadir, perlu dapatkan suntikan tesebut di Klinik Kesihatan Taman Medan, PJ mengikut tarikh dan masa pada surat temujanji yang akan diberikan. Teima kasih.


Gelagat murid semasa pemeriksaan doktor






Photobucket

Sunday, February 26, 2012

:: Permohonan Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.



Adalah dimaklumkan permohonan pendaftaran ke Tahun 1 sesi 2013 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor @ klik pada butang menu "Pendaftaran Tahun 1 2013" pada sebelah kiri website sekolah. 





Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
  • 02.01.2006 – 01.01.2007 (Sesi Persekolahan 2013)
Untuk sebarang makluman lanjut, ibu bapa dinasihatkan untuk terus berhubung dengan pihak sekolah. Harap maklum.

Photobucket

Tuesday, February 21, 2012

:: Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012 telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Seafield 3, En. A. Rahim Bin Mohd Mislani pada20 Feb 2012 yang lalu dihadapan 1050 orang murid. Antara pengisian atau aktiviti sempena Minggu Anti Dadah ini adalah ceramah, pertandingan mewarna dan melukis poster dan bermacam-macam lagi.



Photobucket

Saturday, February 18, 2012

:: Pingat Emas Pertama Acara Olahraga MSSD 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia..

TAHNIAH buat adik Luqman Muaz (6 Gigih) kerana telah berjaya mengungguli acara 100 meter lelaki (bawah 12 tahun) dengan mendapat pingat EMAS yang mana ia juga merupakan pingat tunggal kepada sekolah setakat Kejohanan Olahraga MSSD 2012 berlangsung di SMK USJ 23. Kejayaan adik Luqman ini telah membuka lembaran baru pada tahun ini dalam sukan sekolah setelah beberapa tahun tidak pernah memenagi sebarang pingat dalam acara olahraga khususnya. Semoga kejayaan ini akan terus memberi semangat SK Seafield 3 boleh dalam apa-apa juga bidang. Tahniah sekali lagi dari pihak sekolah!

Peringkat separuh akhir 100 Meter
Catatan masa separuh akhir


Saat-saat 'Sang Juara' menuju ke garisan penamat. 

Catatan masa peringkat akhir 100 Meter (Kategori L4)



Pemenang bagi acara 100 Meter (Lelaki bawah 12 tahun)


Bersama rakan-rakan yang memberi semangat

Menang!!!


Photobucket

Wednesday, February 15, 2012

:: Program Maju Diri 2012::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Program Maju Diri (PMD) 2012 yang dikendalikan oleh bahagian Bimbingan & Kaunseling SK Seafield 3. Kelihatan semua murid memberi kerjasama dan kelihatan gembira sepanjang program berlangsung. Program ini yang melibatkan semua murid Tahun 4,5 dan 6 akan berakhir pada hari Khamis (16.2.2012). Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, sukaneka dan macam-macam lagi.










Photobucket

Tuesday, February 14, 2012

:: Bacaan Yasin Setiap Jumaat Pagi ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Dalam mencapai azam murid Tahun 6 untuk berjaya dalam UPSR 2012, pihak Panitia Agama Islam telah mengabil inisiatif awal dengan mengadakan majlis bacaan Yasin murid Tahun 6 yang beragama Islam bersama dengan guru-guru pada setiap pagi Jumaat sebelum kelas bermula. Semoga usaha ini akan berhasil, Amin.





Photobucket

Sunday, February 12, 2012

:: Projek Membina Gelanggang Bola Tampar [SIAP!] ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Sukan SK Seafield 3 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat menjayakan projek membina gelanggang bola tampar. Seramai 5 orang guru yang telah sudi mengorbankan masa mereka bersama keluarga datang ke sekolah pada hari Ahad demi menyumbangkan sesuatu kepada sekolah. Gelanggang ini mengambil masa hampir lebih 6 jam untuk disiapkan dan hasil kerjasama guru-guru, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada guru yang membantu! Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. 












Photobucket

Saturday, February 11, 2012

:: Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 2012 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

11 Februari 2012 (Sabtu)- Satu perjumpaan antara Ibubapa murid Tahun 6 dan pihak sekolah SK Seafield 3 telah diadakan di Pusat Sumber sekolah. Pejumpaan ini bertujuan untuk memberi makluman serta berbincang apakah strategi dan perancangan pihak sekolah SKS3 dalam memastikan kecemerlangan murid Tahun 6 untuk peperiksaan UPSR bagi tahun 20012 khususnya.




Photobucket

Saturday, February 4, 2012

:: Salam Maulidur Rasul ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Photobucket

Thursday, February 2, 2012

:: Malaysia IT Fair 2012 ::


Sekali lagi Malaysia IT Fair datang lagi pada 17-19hb Febuari 2012 bertempat di Midvalley, Kuala Lumpur. Seperti biasa ekspo kali ini dibawakan oleh sponsor utama iaitu daripada syarikat Kaspersky (No.1 Antivirus Software dipercayai di Malaysia)

Pelbagai acara menarik boleh di dapati pada ekspo kali ini. Seperti biasa free gift dan barangan harga runtuh seperti pendrive 4GB pada RM1 boleh didapati pada kali ini. (Laptop dan Tablet boleh di bida bermula harga RM1 nanti).

Jangan lupa temu-janji di ekspo IT Fair pada tempat dan tarikh berikut :

3-5hb Feb 2012 : Pisa Penang
17-19hb Feb 2012 : Mid-Valley, Kuala Lumpur
8-10hb Mac 2012 : Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu
13-15hb April 2012 : Stadium Indera Mulia, Ipoh





Photobucket