Sunday, February 12, 2012

:: Projek Membina Gelanggang Bola Tampar [SIAP!] ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah.. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Sukan SK Seafield 3 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat menjayakan projek membina gelanggang bola tampar. Seramai 5 orang guru yang telah sudi mengorbankan masa mereka bersama keluarga datang ke sekolah pada hari Ahad demi menyumbangkan sesuatu kepada sekolah. Gelanggang ini mengambil masa hampir lebih 6 jam untuk disiapkan dan hasil kerjasama guru-guru, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada guru yang membantu! Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. 












Photobucket

No comments:

Post a Comment