Tuesday, March 27, 2012

:: Lawatan Penanda Aras Ke SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Satu Lawatan Penanda Aras ke SK Sultan Sulaiman (SKSS1), Kuala Terengganu telah diadakan pada 24 Mac 2012. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau program-program yang telah dianjurkan oleh SMKSS serta tatacara pengurusan sekolah sehingga berjaya mencapai kejayaan bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi. 

Rombongan dianggotai seramai 60 termasuk kakitangan pejabat. Bertolak dari SK Seafield 3 pada jam 9:00 malam dan tiba di Kuala Trengganu pada jam 7:00 pagi. Destinasi pertama ialah Hotel Kenangan, Kuala Terengganu. Kediaman yang ditawarkan amat memuaskan hati bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Selesai pengurusan diri, kami kemudian bertolak ke SK Sultan Sulaiman 1 yang mana sekolah ini telah dinaik tarafkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada bulan Feb 2012 yang lalu. Banyak maklumat yang kami perolehi sebagai rujukan dan panduan menuju ke arah kegemilangan SK Seafield 3 khususnya.













Photobucket

No comments:

Post a Comment