Sunday, February 24, 2013

:: Johan Pertandingan Membaca Cepat Anjuran MPSJ 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah. Kami datang dengan harapan, kami pulang dengan kejayaan. Tahniah kepada semua peserta dan juga Cikgu Nor Hasanah Mat Jusoff yang bertugkus lumus melatih mereka!

JOHAN!
Tempat Ke-5
Tempat Ke-6
Saguhati

Tahniah pada semua peserta!!!

Photobucket

Thursday, February 21, 2013

:: Program Motivasi Kepimpinan Kokurikulum 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 20/2/2013
Masa: 2.30  -  5.30 petang.
Tempat: Bilik Harmoni & Padang Sekolah

Satu Program Motivasi Kepimpinan Kokurikulum Peringkat SK Seafield 3 anjuran Unit Kokurikulum SKS3 telah dijalankan di sekolah. Program ini disertai oleh Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha murid yang telah dilantik dari Unit Berniform, Sukan & Permainan dan Kelab & Persatuan. Fasilitator kepada program ini ialah Tn Hj Mohd Nizam b Tarmiji, En Musmarto b Mustapha & En Raja Firdaus b Raja Sulaiman. 

Diharap dengan program yang dijalankan ini akan menambahkan lagi keyakinan para perserta program ini dalam menjalankan tugas mereka disekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat kerana telah menjayakan program motivasi ini.



Photobucket

Monday, February 18, 2013

:: Kejohanan Merentas Desa (MSSD) Petaling Perdana 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 6 Feb 2013
Hari: Rabu
Tempat: MAEPS, MARDI, Serdang.

Tahniah buat semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejohanan tersebut walaupun tiada yang berjaya. Cuba lagi tahun hadapan!



Photobucket

:: Cari Duit dengan YouTube EDU ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”.
Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”.
Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform yang dapat membawa pendidik dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan kandungan-kandungan yang unggul.
Taklimat tersebut telah diadakan pada Bilik Rebung 1, Multimedia Development Corporation, Cyberjaya pada 20 November 2012. Antara yang hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Ketua Jabatan, Netizen Life Long Learning, MDeC , YBhg. Datin Dr Norrizan Razali, dan Pegawai YouTube Asia Tenggara.
Selain mendapat pahala dari segala bahan dan kandungan yang dikongsi, pihak Youtube juga ada memberi bayaran sekitar USD 2.00 kepada bahan video yang diupload jika rating viewers mencapai lebih 1000 viewers. Maka, melalui MoU ini, MDec berharap agar kita dapat sama berkongsi bahan pendidikan disamping memberi peluang menjana pendapatan.
Antara contoh YouTube EDU yang ditunjukkan ialah di http://www.youtube.com/user/hooplakidz

sumber: http://btpnsel.edu.my/main/2012/11/cari-duit-dengan-youtube-edu/

Photobucket

Friday, February 8, 2013

:: Happy Chinese New Year & Happy Holidays 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Happy Chinese New Year

&

'Gong Xi Fa Cai' 
 
SK Seafield 3 would like to take this opportunity to wish everyone good luck in the Year Of Snake 2013. 

May wealth always come your way. May it be auspicious and as you wish.




Photobucket

Monday, February 4, 2013

:: Kejohanan Merentas Desa SK Seafield 3 (2013) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Selesai sudah satu lagi aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah bagi permulaan sesi 2013 iaitu Kejohanan Merentas Desa 2013. 

Tahniah buat semua AJK guru dan tidak lupa kepada anggota trafik PDRM USJ 8 yang sedia membantu pada hari kejohanan tersebut.

Akhir sekali, tahniah buat semua pemenang & bersedia untuk ke peringkat MSSD pula ye!



Photobucket