Thursday, February 21, 2013

:: Program Motivasi Kepimpinan Kokurikulum 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 20/2/2013
Masa: 2.30  -  5.30 petang.
Tempat: Bilik Harmoni & Padang Sekolah

Satu Program Motivasi Kepimpinan Kokurikulum Peringkat SK Seafield 3 anjuran Unit Kokurikulum SKS3 telah dijalankan di sekolah. Program ini disertai oleh Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha murid yang telah dilantik dari Unit Berniform, Sukan & Permainan dan Kelab & Persatuan. Fasilitator kepada program ini ialah Tn Hj Mohd Nizam b Tarmiji, En Musmarto b Mustapha & En Raja Firdaus b Raja Sulaiman. 

Diharap dengan program yang dijalankan ini akan menambahkan lagi keyakinan para perserta program ini dalam menjalankan tugas mereka disekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat kerana telah menjayakan program motivasi ini.



Photobucket

No comments:

Post a Comment