Monday, April 22, 2013

:: Jasamu Dikenang Pn Ani Bt Meh (PKKo) ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.

Jumaat (19 April 2013) merupakan hari terakhir buat Pn Ani Bt Meh menjalankan tugas sebagai PK Ko-kurikulum kerana bertukar ke SK Seksyen 9, Shah Alam. Kami warga SKS3 mendoakan semoga Pn Ani terus maju jaya di sekolah baru. Segala jasa bakti yang dicurahkan oleh beliau di sepanjang sekolah ini akan kami kenang sampai akhir hayat kami.


Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.

Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua tahu.

Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut masa,
Hari ini kanda berdua,
Lain ketika kami menyusul pula.

Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam sukma.











Photobucket

No comments:

Post a Comment