Wednesday, June 26, 2013

:: Catatan terkini IPU jerebu di Malaysia (26 Jun 2013) jam 9.00 pagi ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk sesi pagi pada Selasa di beberapa kawasan yang mengalami jerebu di Selangor telah menunjukkan perubahan ketara berbanding bacaan yang dicatatkan semalam dan paling terjejas adalah pelabuhan klang melepasi tahap “berbahaya”.

Selain itu, di Sri Manjung Perak, dan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami peningkatan IPU setakat bacaan jam 7 pagi.

Manakala di daerah negeri Johor kualiti udara di Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana  hanya Muar kekal pada tahap “tidak sihat” pada bacaan 165.

Difahamkan hujan sekejap di daerah itu sedikit sebanyak telah membantu untuk mencerahkan langit di tiga kawasan yang sebelum ini terjejas teruk akibat jerebu.




sumber: https://www.facebook.com/pages/Kementerian-Sumber-Asli-dan-Alam-Sekitar-NRE-Malaysia/143613405696805?fref=ts
Photobucket

No comments:

Post a Comment