Wednesday, July 31, 2013

:: Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Setiap negara mempunyai sejarah dalam membangun dan mempertahankan tamadun yang diwarisi dari generasi ke genarasi dengan menempuh pelbagai rintangan dan peristiwa. Pengorbanan dan perjuangan adalah satu-satunya cara untuk mempertahankan hak kewujudan sesebuah negara dan bangsa yang merdeka.  Begitu juga dengan pembangunan dan permodenan negara, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.

Sebagai generasi yang tahu mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara, maka tanggal 31 Jul setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960 telah dijadikan Hari Pahlawan. Pelbagai acara telah diadakan bagi mengingati jasa-jasa pahlawan negara.

Photobucket

Monday, July 29, 2013

:: Salam Nuzul Al-Quran ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Salam Nuzul Al-Quran dari warga SKS3.

~ Baca Sejarah Nuzul Al-Quran Disini ~
Photobucket

Monday, July 15, 2013

:: Pemenang Kelas Terbersih Bulan Jun 2013 ::

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Tahniah buat pemenang Kelas Terbersih!

Tahap 1

  1. Anugerah Berlian - 3 Tekun
  2. Anugerah Zamrud - 2 Tekun
  3. Anugerah Delima - 1 Tekun

Tahap 2
  1. Anugerah Berlian - 4 Gigih
  2. Anugerah Zamrud - 6 Rajin 
  3. Anugerah Delima - 5 Gigih







Photobucket

:: Sambutan Ihya' Ramadhan 2013 ::

Asslamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 15 Julai 2013 (Isnin)
Tempat: Dataran perhimpunan

Perasmian oleh En A. Rahim bin Mohd Mislani, Guru Besar SK Seafield 3. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program Ihya' Ramadhan ini ialah:-

  1. Tadarus Al-Quran
  2. Tazkirah/ Cerita Kisah-Kisah Nabi
  3. Program 'Jom Bersedekah'
  4. Risalah Nuzul Al-Quran
  5. Pertandingan Mewarna Poster
  6. Mencipta Kad Raya & Menulis Khat
  7. Majlis Khatam Al-Quran





Photobucket

Thursday, July 11, 2013

:: Sambutan Israk & Mikraj 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.


Falsafah Di Sebalik Israk Mikraj

TERDAPAT tiga makhluk Allah yang terlibat dalam peristiwa Israk Mikraj iaitu Nabi Muhammad, seekor haiwan bernama Buraq dan malaikat Jibrail AS.

Rasulullah SAW mewakili manusia yang dijadikan dari tanah dan dibekalkan akal dan nafsu, manakala Buraq pula mewakili binatang yang hanya dibekalkan nafsu tetapi mempunyai akal yang tidak sempurna sebagaimana manusia.

Jibrail AS pula adalah mewakili makhluk Allah yang dicipta daripada cahaya dan hanya memiliki akal sahaja.

Secara ringkasnya perlakuan makhluk-makhluk Allah itu adalah berdasarkan kepada apa yang ada kepada mereka iaitu akal dan nafsu. Akal adalah kemuncak kemuliaan pada setiap makhluk.

Akal yang diberikan oleh Allah jika digunakan dengan sebaiknya akan mendorong ke arah kebaikan dan kesejahteraan namun jika menggunakan hanya kepada pertimbangan akal semata-mata tidak boleh menjamin kebaikan dan kesejahteraan melainkan mesti dilandaskan berdasarkan kepada syariat Allah.

Hal ini adalah kerana kebaikan dan keburukan sesuatu perkara bukan mengikut pertimbangan akal semata-mata tetapi mestilah didasari oleh syariat dan peraturan Allah selaku pencipta dan pentadbir.

Oleh yang demikian, Allah telah mengutus para nabi dan rasul untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.

Pertemuan

Dalam peristiwa Mikraj, ketiga-tiga makhluk Allah iaitu Rasulullah sendiri, malaikat Jibrail dan Buraq bergerak dari satu lapisan langit kepada satu lapisan langit sehingga sampai di suatu tempat dikenali sebagai Sidratul Muntaha.

Apabila tiba di Sidratul Muntaha, di situlah terhentinya perjalanan itu, lalu Jibrail berundur, maka Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah sampai di sini engkau harus meninggalkan aku? Jibrail menjawab: "Aku tidak boleh melangkah walau setapak pun melewati tempat ini."

Rasulullah sendiri bertemu dengan Allah di mana diriwayatkan bahawa jarak di antara Baginda dengan Allah hanyalah jarak anak panah atau dekat lagi. Firman Allah dalam surah al-Najm ayat kelapan dan sembilan iaitu: Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad SAW), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit sehingga jarak sekadar dua hujung busar panah atau lebih dekat lagi.

Maka terbuka segala tabir, terbukalah hijab, sehingga baginda melihat wajah Allah. Maka di situlah juga Rasulullah mendapat perintah mengejakan solat sebanyak 50 waktu solat sehari semalam.

Persimpangan

Rasulullah SAW seorang manusia yang sempurna dapat mengatasi ketinggian malaikat mahupun Buraq untuk bertemu Allah dan ini bererti akal waras yang dipandu syariat dapat mengawal nafsu menjadikan manusia mencapai kedudukan yang amat tinggi di sisinya.

Sebaliknya manusia yang diperkudakan oleh nafsu semata-mata tanpa pertimbangan akal yang dipandu syariat menjadikan manusia di kedudukan yang amat rendah dan hina di mata makhluk dan tiada nilai sedikitpun di sisi Allah.

Firman Allah dalam surah al-Tin ayat keempat dan keenam bermaksud: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang serendah-rendahnya neraka, kecuali orang yang beriman dan beramal saleh maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Fitrah

Secara fitrahnya kita dapat merasai tentang nilai kemanusiaan dan kemuliaan akal. Manusia dalam keadaan mana sekalipun sentiasa meletakkan akal lebih tinggi daripada pinggang (nafsu).

Kita merasa amat tidak selesa apabila kita berbaring dalam keadaan yang condong bila mana kedudukan kepala ke bawah dari pinggang kita. Mengapa? Jawapannya kerana kedudukan tersebut telah meletakan kedudukan kemaluan (nafsu) lebih tinggi dari kepala (akal/otak).

Dalam kedudukan yang sama (berbaring) ditempat yang rata permukaannya sekalipun kita merasa tidak merasa selesa apatah lagi sebaliknya. Bila kita letak bantal sebagai alas kepala, baru kita rasa selesa. Kita berjalan, duduk, makan, minum, semua keadaan tetap meletakkan kepala di atas mengatasi punggung.

Binatang adalah makhluk yang ada akal tetapi tiada sempurna dan nafsu. Adanya nafsu untuk kelangsungan kehidupan di dunia. Akal tidak sempurna sebagaimana manusia, jin dan malaikat.

Manusia yang mahu bersujud di hadapan Allah adalah manusia yang paling mulia di sisinya. Ketika bersujud, manusia berada dalam keadaan yang paling rendah dan hina kerana sengaja meletakkan kepala lebih rendah daripada kemaluan.

Ia dilakukan semata-mata sebagai tanda kehambaan daripada seorang makhluk kepada khalik iaitu pencipta. Semasa di Padang Mahsyar nanti ketika Rasulullah memohon syafaat kepada Allah bagi memulakan perbicaraan terhadap umatnya dan umat-umat seluruhnya, baginda bersujud terlebih dahulu di hadapan Allah sehingga diperkenankan.

Oleh demikian, Allah memerintahkan kepada seluruh malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam. Semua sujud kecuali iblis. Mereka enggan dan takbur, maka jadilah mereka daripada kalangan orang-orang yang kafir.

Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 34: Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah (tunduklah dengan membongkokkan badan sebagai memberi penghormatan) kepada Nabi Adam: Lalu mereka sekalian sujud melainkan Iblis, ia enggan dan takbur serta ia menjadi sebahagian daripada golongan orang-orang yang kafir.



Photobucket

:: Majlis Perasmian VLE-FROG Peringkat Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia




Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Oleh itu, Projek 1BestariNet telah dilaksanakan oleh Kementerian Plejaran Malayisa mulai tahun 2011.

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran , pembelajaran , kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment ( VLE FROG ) yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

OBJEKTIF

  • Memperkenalkan VLE Frog kepada guru dan murid.
  • Memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah pengajaran baru.
  • Memberi kemahiran kepada guru-guru dan murid-murid cara menggunakan VLE Frog dengan berkesan.

RASIONAL

Program VLE Frog adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran yang dapat dilakukan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan ’cloud’. Projek ini akan membawa kesan kepada 10,000 sekolah di Malaysia. Projek ini menyediakan sambungan 4G tanpa wayar dan frog vle kepada semua .


Photobucket

:: Kejohanan Sukan Tahunan SKS3 Tahun 2013 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia



Alhamdulillah. Syukur kerana akhirnya Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2013 selesai berlangsung pada 7 Julai 2013 bertempat di padang SK Seafield 3.

Untuk gambar pada hari kejohanan, SILA KLIK DIBAWAH.


Photobucket

:: Salam Ramadhan ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia


IKHLAS DARI:

SK SEAFIELD 3
Photobucket