Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.
Setiap negara mempunyai sejarah dalam membangun dan mempertahankan tamadun yang diwarisi dari generasi ke genarasi dengan menempuh pelbagai rintangan dan peristiwa. Pengorbanan dan perjuangan adalah satu-satunya cara untuk mempertahankan hak kewujudan sesebuah negara dan bangsa yang merdeka. Begitu juga dengan pembangunan dan permodenan negara, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.
Sebagai generasi yang tahu mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara, maka tanggal 31 Jul setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960 telah dijadikan Hari Pahlawan. Pelbagai acara telah diadakan bagi mengingati jasa-jasa pahlawan negara.
No comments:
Post a Comment