Thursday, May 15, 2014

:: Penyampaian Hadiah Cabutan Jualan Air ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Dalam usaha pihak sekolah mencari dana untuk membina awning di kantin sekolah bagi menambah  ruang makan dan keselesaan murid semasa rehat, pihak PIBG bersama pihak sekolah telah menjalankan satu kempen mendapatkan sumbangan. Murid yang menderma   akan mendapat air / makanan percuma dan diberi slip penghargaan. Kempen ini dijalankan pada hari Isnin hingga Jumaat  selepas tamat sesi persekolahan . Sambutan dari murid-murid amatlah menggalakkan dan sebagai tanda penghargaan kepada murid, pihak PIBG  telah membuat satu sesi cabutan bertuah  kepada penyumbang  projek ini.

Tahniah buat pemenang!












Photobucket

No comments:

Post a Comment