Monday, June 30, 2014

:: Pelancaran Bulan Ihya' Ramadhan 2014 ::

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Tee Seok Tin (Guru Besar) dan Pn Norida Hj Hanafiah (PK Pentadbiran) kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Ihya' Ramadhan 2014. 

Semoga dengan berlangsungnya program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru SKS3 khususnya.


 

 

Photobucket

:: Pertandingan Ensembel Rekoder Peringkat Daerah Petaling Perdana 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Rekoder SK Seafield 3 yang berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN dalam pertandingan Ensembel Rekoder Peringkat Daerah Petaling Perdana untuk tahun 2014. Pasukan yang dipimpin oleh Puan Nor Hafizam Abd Samad ini telah membawa pulang piala kemenangan dan sijil penyertaan. Semoga ini menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya lagi pada masa akan datang.




Photobucket

:: Karnival Futsal 3K & Acara 4x100M (Jemputan) Sukan Tahunan 2014 SK Puchong Utama 2, Puchong Jaya ::


Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Tahniah buat wakil murid SK Seafield 3 yang telah menyertai 2 aktiviti jemputan dari SK Puchong Utama 2, Puchong Jaya pada 21 Jun yang lepas. Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan olahraga sekolah dibawah pimpinan En Musmarto yang berjaya merangkul pingat Gangsa dalam acara 4x100 Meter (Lelaki Bawah 12 Tahun).







Photobucket

Sunday, June 29, 2014

:: Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Selamat berpuasa kami ucapkan kepada semua warga SKS3.



Photobucket

Wednesday, June 25, 2014

:: Sumbangan Dari Ibubapa Sempena Hari Keusahawanan 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ibubapa murid SK Seafield 3 yang berbesar hati membuat sumbangan kepada pihak sekolah sempena Hari Keusahawanan 2014. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas kebaikan anda semua. 


Sumbangan cek RM 1000 dari Puan Suriyani bt Shaarani yang diwakilkan oleh anaknya iaitu Adik Siti Nur Syakirahdari kelas 6 Gigih. Terima kasih!


Serah cek bernilai RM 1K kepada BendahariPIBG dan disaksikan oleh Guru besar


Gambar dibawah pula adalah hasil dari sumbangan ikhlas dari Ibubapa murid SK Seafield 3. Terima kasih!













Kepada mana-mana individu yang ingin membuat sumbangan dalam bentuk barangan atau wang ringgit boleh lah berhubung denga pihak sekolah atau guru kelas. 

Selain itu, pihak SKS3 berbesar hati untuk menaja kupon percuma kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Giharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka.

 

Photobucket

Monday, June 23, 2014

:: Tahniah Kepada Murid Terbaik PKSR 1 2014 ::


Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.








 "SYABAS ! TINGKATKAN DAN KEKALKAN KECEMERLANGAN ANDA"

Photobucket

:: Majlis Perasmian Minggu Panitia KH, RBT & PJK 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

23 JUN 2014 (ISNIN)- Perasmian Minggu (Gabungan) Kemahiran Hidup, Rekabentuk & Teknologi (RBT) dan Pendidikan Jasmani (PJK) telah disempurnakan oleh Pn Tee Seok Tin (Guru Besar) yang mana pelbagai aktiviti akan diadakan seperti memasang kereta Tamiya, Pertandingan Futsal, Pertandingan Mereka Lampu Meja Dari Bahan Terbuang dan Pertandingan Login Frog Paling Banyak.








Photobucket

:: Majlis Perpisahan Pn Noreta Muhamat ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Disini kita bertemu….
Disini pula kita kan berpisah
Semua kenangan seakan berlalu….
Segala yang kami lalui begitu cepat
Begitu berharga
Detik detik yang berganti hari ini…..
Seakan mempercepat pertemuan kita

Terima kasih Pn Noreta!

Ada harapan disetiap hati kami
Ada keinginan yang begitu besar
Cita cita yang akan merenda masa nanti
Untuk mencari langkah langkah yang pasti
Menggapai cita dan martabat yang tinggi












Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila.. :)


Photobucket