Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.
RABU (19 JUN 2014) -Kursus ini bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di Kantin SK SEAFIELD 3. Kursus ini melibatkan semua 4 AJK tertinggi bagi unit beruniform, kelab & persatuan serta sukan & permainan.
Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin kokurikulum yang masih muda dan belum cukup berpengalaman.
Manakala matlamatnya adalah untuk melatih pelajar-pelajar membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit kokurikulum dan membentuk pemimpin kokurikulum yang sedia merancang, mengelola dan melaksana setiap program unit kokurikulum.
Para pelajar didedahkan kepada tugas dan tanggungjawab jawatankuasa setiap unit kokurikulum dan cara menulis laporan setiap kali selesai membuat aktiviti.

No comments:
Post a Comment