Saturday, May 17, 2014

:: Perasmian Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Polis IPD Subang Jaya kerana telah memilih SK Seafield 3 sebagai anak angkat dalam program Kelab Pencegahan Jenayah bagi tahun 2014 ini. Di harapkan dengan kerjasama dari pihak polis akan memberi kesan yang lebih baik dalam mendidik dan mendisiplinkan murid serta masyarakat sekitar dalam mencegah jenayah.





















Photobucket

:: Selamat Hari Guru 2014 ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia


Sila << KLIK DISINI >> untuk Tema Hari Guru 2014.

Photobucket

Thursday, May 15, 2014

:: Penyampaian Hadiah Cabutan Jualan Air ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Dalam usaha pihak sekolah mencari dana untuk membina awning di kantin sekolah bagi menambah  ruang makan dan keselesaan murid semasa rehat, pihak PIBG bersama pihak sekolah telah menjalankan satu kempen mendapatkan sumbangan. Murid yang menderma   akan mendapat air / makanan percuma dan diberi slip penghargaan. Kempen ini dijalankan pada hari Isnin hingga Jumaat  selepas tamat sesi persekolahan . Sambutan dari murid-murid amatlah menggalakkan dan sebagai tanda penghargaan kepada murid, pihak PIBG  telah membuat satu sesi cabutan bertuah  kepada penyumbang  projek ini.

Tahniah buat pemenang!












Photobucket

:: Tahniah buat pemenang Minggu Panitia B.Inggeris ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tahniah buat semua pemenang bagi setiap aktiviti anjuran Panitia Bahasa Inggeris, SK Seafield 3.




Photobucket

Friday, May 9, 2014

:: Program Motivasi UPSR Bersama Ust. Khailil Razak ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tarikh: 9 Mei 2014
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 - 12.00 pm
Tempat: Dewan sekolah

Terima kasih pada Ustaz kerana sudi berkongsi input yang berguna kepada semua murid-murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR 2014.




Photobucket

:: Manual Sistem Pengurusan Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Berikut adalah manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang sedang dilaksanakan oleh sekolah sekarang. Guru-guru boleh muat-turun manual ini untuk rujukan dan panduan perlaksanaan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mengisi modul berikut:
  1. Profil Sekolah
  2. Kemudahan Sekolah
  3. Pengurusan Staff
  4. Pengurusan Murid
Sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada JU SPS Negeri Selangor melalui email ju.sps@btpnsel.edu.my @ bba8243@btpnsel.edu.my (U/P: En Raja Firdaus)
Photobucket

:: Antivirus untuk Sekolah ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.



Berikut adalah antivirus untuk seluruh Malaysia yang terlibat dengan perlaksanaan projek 1BestariNet.
Untuk makluman tuan/puan, penggunaan Anti Virus dan Patch Management Norton Symantec adalah amat rendah berbanding dengan jumlah komputer yang terdapat disekolah. BTP mendapat laporan yang memaklumkan bahawa response komputer yang dipasang dengan Anti Virus tersebut akan menjadi sangat perlahan dan menyebabkan kebanyakan sekolah memilih untuk tidak memasang perisian tersebut.
Sehubungan itu, Pihak YTL telah menyediakan panduan tatacara cara pemasangan Anti Virus yang lebih ringan untuk diaplikasikan kepada komputer-komputer yang berspesifikasi rendah bagi mengatasi masalah tersebut.
Untuk lebih maklumat lanjut, sila klik << DISINI >>
Photobucket

Tuesday, April 29, 2014

:: Tahniah buat murid yang berjaya dalam pertandingan lepas ::

Assalamualaikum WBT & Salam 1Malaysia.

Tahniah buat murid-murid SK Seafield 3 yang berjaya menaikkan nama sekolah dalam pertandingan:

1) Pertandingan Pantun Peringkat Daerah (Tempat ke-3)
2) Kejohanan Ragbi MSS Selangor (Tempat ke-3)
3) Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 tahun Peringkat Negeri (Tempat ke-3)
4) Pemenang-pemenang pertandingan anjuran UCSI Sunway.

Kejayaan anda adalah kebanggaan kami!




















Photobucket