Wednesday, June 2, 2010
Friday, May 21, 2010
JAMUAN HI-TEA DI HARTZ CHICKEN SUNWAY PYRAMID
Pada sebelah petang satu jamuan telah diadakan di Hart'z Chicken bertempat di Sunway Pyramid. Semua guru serta pentadbir menghadiri jamuan ringkas ini bagi meraikan Hari Guru pada tahun ini.
SAMBUTAN HARI GURU 2010
Pada 17 Mei 2010 Sekolah kebangsaan Seafield 3 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis di mulakan pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari. Pelbagai acara yang dijalankan antaranya persembahan murid tahun tahap 1 dan 2, persembahan guru lelaki dan perempuan, sukaneka, dan penyampaian hadiah bagi setiap acara yang di pertandingkan.
Sambutan Hari Guru kali ini amat meriah dan memberi seribu kegembiraan kepada guru dan murid.Persembahan yang di tontonkan begitu menarik dan mencuit hati apabila melihat gelagat si cilik dan guru-guru beraksi di pentas.
Sesungguhnya jasa guru amat besar kepada bangsa dan agama. Semoga segala bakti yang di curahkan oleh guru dapat di manfaatkan sabaiknya oleh murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun ko-kurikulum. Salam mesra untuk semua.
" SELAMAT HARI GURU "

Thursday, February 4, 2010
PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD3
Ditubuhkan dan mula beroperasi mulai 1 Disember 1997. Nama SK Seafield 3 diambil sempena nama Ladang Seafield iaitu tapak asal di mana bangunan sekolah ini didirikan.
Pengambilan murid adalah dari SK Seafield ( USJ 6 ) dan SK Seri Selangor ( USJ 4 ) di samping pengambilan murid tahun 1 yang tinggal di kawasan USJ 8. Pada sesi persekolahan 1998, jumlah muridnya seramai 750 orang , 35 orang guru dan 3 orang staf sokongan.
Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Seafield 3 ialah :
En. Omar bin Jamali - 1.12.1997 – 5.1.2001
Pn. Saedah binti Othman - 16.2.2001 – 26.2.2004
Pn. Hjh Bibi Zuhara binti Dilbarkhan - 1.6.2004 – 1.12.2004
Pn. Hjh Mariah binti Mahat - 1.1.2005 – 30.11.2007
Pn. Hjh Aneesah binti Mohd Noor - 1.12.2007 – sekarang
Kumpulan pertama calon UPSR hanya bermula pada tahun 2000 dengan jumlah calon seramai 175 orang.
Kini, SK Seafield 3 telah mempunyai sebuah makmal komputer yang dikenali sebagai UNITES 3 ( Unit Informasi & Teknologi Seafield 3 ), mula digunakan pada April 2006 sementara bangunan prasekolah satu tingkat yang mengandungi 2 bilik darjah pula mula digunakan pada Januari 2007. Pada akhir tahun 2009, menerima peruntukan naik taraf Unit Pemulihan dan siap untuk kegunaan sesi 2010.