Thursday, February 4, 2010

PROFIL SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD3

 Ditubuhkan dan mula beroperasi mulai 1 Disember 1997. Nama SK Seafield 3 diambil sempena nama Ladang Seafield iaitu tapak asal di mana bangunan sekolah ini didirikan.


 Pengambilan murid adalah dari SK Seafield ( USJ 6 ) dan SK Seri Selangor ( USJ 4 ) di samping pengambilan murid tahun 1 yang tinggal di kawasan USJ 8. Pada sesi persekolahan 1998, jumlah muridnya seramai 750 orang , 35 orang guru dan 3 orang staf sokongan.


 Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Seafield 3 ialah :
 En. Omar bin Jamali - 1.12.1997 – 5.1.2001
 Pn. Saedah binti Othman - 16.2.2001 – 26.2.2004
 Pn. Hjh Bibi Zuhara binti Dilbarkhan - 1.6.2004 – 1.12.2004
 Pn. Hjh Mariah binti Mahat - 1.1.2005 – 30.11.2007
 Pn. Hjh Aneesah binti Mohd Noor - 1.12.2007 – sekarang


 Kumpulan pertama calon UPSR hanya bermula pada tahun 2000 dengan jumlah calon seramai 175 orang.


 Kini, SK Seafield 3 telah mempunyai sebuah makmal komputer yang dikenali sebagai UNITES 3 ( Unit Informasi & Teknologi Seafield 3 ), mula digunakan pada April 2006 sementara bangunan prasekolah satu tingkat yang mengandungi 2 bilik darjah pula mula digunakan pada Januari 2007. Pada akhir tahun 2009, menerima peruntukan naik taraf Unit Pemulihan dan siap untuk kegunaan sesi 2010.