Pada 17 Mei 2010 Sekolah kebangsaan Seafield 3 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis di mulakan pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari. Pelbagai acara yang dijalankan antaranya persembahan murid tahun tahap 1 dan 2, persembahan guru lelaki dan perempuan, sukaneka, dan penyampaian hadiah bagi setiap acara yang di pertandingkan.
Sambutan Hari Guru kali ini amat meriah dan memberi seribu kegembiraan kepada guru dan murid.Persembahan yang di tontonkan begitu menarik dan mencuit hati apabila melihat gelagat si cilik dan guru-guru beraksi di pentas.
Sesungguhnya jasa guru amat besar kepada bangsa dan agama. Semoga segala bakti yang di curahkan oleh guru dapat di manfaatkan sabaiknya oleh murid untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun ko-kurikulum. Salam mesra untuk semua.
" SELAMAT HARI GURU "
No comments:
Post a Comment